Wednesday, September 12, 2012

Majlis Eyeball

Salam. Tuan2 ahli KARIB dijemput hadir ke majlis eyeball sambil membincangkan Event Zulhijjah. Tarikh : 14 Sept 2012. Masa : 9.15 mlm. Tempat : Rumah Pak Ngah Shukri, 9W2WRB.

Friday, June 22, 2012

Ahli-ahli KARIB,




Seluruh warga ham radio,









Tuan,









JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL PERDANA KARIB

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Untuk makluman tuan, kelab ini telah bersetuju untuk mengadakan majlis tahlil perdana seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Jun 2012

Hari : Khamis malam Jumaat

Tempat : Rumah Arwah 9W2RWT, Kg Bt 60 Weng, Baling, Kedah.



3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak kelab dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan-tuan seisi keluarga untuk hadir ke majlis berkenaan.


4. Sekiranya ada ahli-ahli KARIB atau mana-mana individu yang ingin 'tumpang kenduri' boleh berbuat demikian. Sumbangan barangan atau wang boleh disalurkan melalui 9w2psd, Pak Su Det ( 019 423 3673 ) atau 9w2hzt, Hamzah ( 019 412 1424 ) atau boleh bank in terus ke akaun maybank KARIB 5020 4510 5787.
5. Besarlah harapan kami agar tuan-tuan dapat hadir dan memeriahkan majlis berkenaan. Kesudian dan kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian, terima kasih.



Saya yang benar,

Setiausaha KARIB.

Monday, April 30, 2012

TENTATIF PROGRAM
HARI KELUARGA KELAB RADIO AMATUR DAN REKREASI BALING ( KARIB ) KALI KE 4 TAHUN 2012

Tarikh                    :               04 Mei 2012 ( check in jam 9.00 pagi ) hingga
05 Mei 2012 ( check out jam 7.00 petang )
Hari                        :               Jumaat hingga Sabtu.
Tempat                :               Lata Bukit Hijau, Baling.

TARIKH
MASA
AKTIVITI
04 Mei 2012
9.00 pagi
Check in.
Persediaan tempat oleh jawatankuasa persediaan tempat dan peralatan.
12.00 t’hari
Makan tenghari. Persiapan diri. Solat jumaat
3.30 petang
Pendaftaran masuk ahli-ahli
4.30 petang
Taklimat aktiviti dan keselamatan
5.00 petang
Minum petang dan eyeball 1
7.00 petang
Makan malam
7.30 malam
Solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil
8.45 malam
Solat isyak berjemaah.
9.15 malam
Majlis suaikenal.
10.30 malam
Minum malam dan eyeball 2
11.30 malam
Urus diri. Rehat
05 Mei 2012
6.00 pagi
Urus diri. Solat subuh berjemaah. Tazkirah
7.00 pagi
Senaman pagi
7.30 pagi
Sarapan pagi
8.30 pagi
Bengkel radio amatur
10.30 pagi
Minum pagi
11.00 pagi
Aktiviti bersama keluarga
12.30 t’hari
Makan tengahari.
1.30 t’hari
Urus diri. Solat zohor berjemaah.
3.00 petang
Sukaneka
6.00 petang
Penyampaian hadiah.
6.30 petang
Khidmas
7.00 petang
Bersurai. 73. Cherio……


Ahli-ahli KARIB,
Seluruh warga ham radio,

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI KELUARGA KARIB KALI KE 4 BERSAMA PENDUDUK MUKIM ULU BAKAI, BALING.
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, kelab ini telah bersetuju untuk mengadakan hari keluarga kali ke 4 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 04 Mei 2012 hingga 05 Mei 2012
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Tempat : Lata bukit Hijau, Baling, Kedah.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak kelab dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan-tuan seisi keluarga untuk hadir ke majlis berkenaan.

4. Besarlah harapan kami agar tuan-tuan dapat hadir dan memeriahkan majlis berkenaan. Kesudian dan kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,
Setiausaha KARIB.

Wednesday, January 18, 2012

Notis Mesyuarat Agung Kali ke 4

Semua ahli,
KELAB RADIO AMATUR DAN REKREASI BALING ( KARIB ),

Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 4

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak kelab menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat berkenaan seperti ketatapan berikut :-

Tarikh : 02 Februari 2012
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Restoran Nasi Kukus, Pekan Kupang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :-
3.1 Perlantikan pengerusi mesyuarat
3.2 Ucapan Yang Dipertua KARIB
3.3 Membentang laporan aktiviti tahunan dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali ke 3
3.4 Perkara berbangkit
3.5 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan
3.6 Mengemuka dan membahaskan usul
3.7 Ucapan penangguhan

4. Semoga kehadiran tuan/puan akan mendatangkan manfaat yang besar kepada kelab. Kerjasama dan tindakan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 17, 2011

KEAHLIAN ASTRA

Salam,
Kepada rakan2 yg berhasrat utk menjadi ahli ASTRA pd majlis berbuka puasa akan datang, sila bwa bersama sekeping gambar ukuran pasport utk kad keahlian.

Sekian, terima kasih

BORANG KEAHLIAN KARIB



Salam,



Kepada rakan2 yg berhasrat menjadi ahli KARIB, boleh menggunakn borang ini dan kembalikn kpd setiausaha.






Terima kasih.